SELAMAT DATANG KE BLOG SMTAS

SEJARAH LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Teknik Alor Setar Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 16 April 1972. Ini merupakan titik permulaan sistem pembelajaran teknikal di negari Kedah.

Pengetua pertama sekolah ini Tuan Haji Abdul Razak bin Mohd.Sharif AMN. Beliau telah menerajui SMTAS sehingga tahun 1979. Pada peringkat awalnya pelajar-pelajar Tingkatan Empat adalah seramai 127 orang dan guru pula adalah seramai 7 orang telah menumpang di Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah Alor Setar. Terdapat dua kelas jurusan Mekenikal dan dua kelas jurusan Binaan.

Pada bulan Oktober 1972, penuntut sekolah ini mula menggunakan sebahagian daripada bangunan sendiri yang terletak di Batu 2, Jalan Sungai Korok yang sekarang dikenali Lebuhraya Sultan Abdul Halim .

Pada tahun 1973 dua kelas jurusan Pertanian telah ditambah dan pada masa itu, sekolah mempunyai tujuh kelas Tingkatan Empat dan tujuh kelas Tingkatan Lima. Bilangan guru bertambah tahun demi tahun seiring dengan perkembangan SMTAS. Ini dapat dilihat pada tahun 1974. terdapat 24 orang guru, tahun 1977, 31 orang guru dan tahun 1979 terdapat 37 orang guru. Petambahan pelajar kebanyakannya terdiri daripada pelajar luar bandar. Pada tahun 1980,. Terdapat pelajar seramai 664 orang dan bertambah seramai 669 orang pelajar pada tahun 1981

Pada 1 Januari 1980 , Encik Mohammed Yasin bin Mydin telah dilantik sebagai Pengetua SMTAS. Beliau mendapati SMTAS menghadapi banyak masalah berikutan ramai bilangan pelajar. Terdapat hanya 3 buah makmal untuk menampung keperluan 18 buah kelas sedangkan bilik darjah hanya terdapat 13 buah sahaja. Oleh itu, kelas terapung terpaksa diadakan. Pelajar-pelajar ini terpaksa belajar di makmal dan di bengkel. Tidak terdapat dewan sekolah dan kantin. Kantin sekolah terpaksa menumpang di dewan makan asrama. Terdapat rancangan pembinaan bangunan tambahan tetapi menghadapi masalah kerana Lembaga Lebuhraya Malaysia sedang membesarkan jalan Sungai Korok yang kemudiannya dinamakan Lebuharya Sultan Abdul Halim .

Pada 1 Januari 1985 , Tuan Haji Megat Ramli bin Megat Adnan dilantik sebagai Pengetua SMTAS yang baru. Dalam masa pentadbiran beliau, SMTAS mula mengalami pembangunan pesat dari segi struktur fizikal. Pada tahun 1985 dan 1986 banyak projek besar dilaksanakan. Diantaranya ialah makmal, sebuah bilik sumber dan sebuah bilik gerakan. Terdapat juga pembinaan gelanggang sepak takraw , bola tampar, tennis dan bola keranjang. Bangunan dewan makan juga turut didirikan

Pada bulan Januari 1987, Tuan Hj Megat Ramli meninggalkan SMTAS kerana bertukar tempat bertugas. SMTAS tidak mempunyai pengetua sehingga 1 Febuari 1988.Tuan Hj.Omar bin Abbas melaporkan diri sebagai Pengetua
SMTAS . Beliau dibantu oleh Penolong Kanan , Penolong Kanan HEM dan empat orang Ketua Bidang yang telah diwujudkan pada tahun 1992. Pada tahun ini , SMTAS mempunyai seramai 48 orang guru dan pelajar seramai 549. Tingkatan Enam yang telah dibuka pada tahun 1976 telah dimansuhkan pada tahun 1996.

Pada 16 Jun 1995, Tuan Hj. Mohd. Akhir bin Shafie (Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohd. Akhir) telah dilantik selepas persaraan Tuan Hji Omar. Pada masa pentadbiran beliau, pembinaan bangunan tambahan giat dijalankan. Pembinaan bangunan tambahan dimulakan pada bulan September 1996.

Pada 28 Febuari 1998, Tuan Hj.Mohd.Akhir bin Shafie telah meninggalkan SMTAS kerana beliau telah bertukar ke Sekolah Menengah Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat Kedah.

Seterusnya jawatan Pengetua SMTAS telah disandang oleh Tuan Hj.Azaman bin Hassan. Beliau telah melapor diri di sekolah ini pada 1 Mac 1998. Semasa pentadbiran beliau pembinaan bangunan tambahan telah dapat disiapkan dan mula digunakan. Bangunan tambahan meliputi sebuah kantin, sebuah dewan sekolah, satu blok bangunan tiga tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah , perpustakaan dan UTP, klinik , bilik SPBT, Stor Am, bilik koperasi , bilik pengawas dan bilik unit kemanusiaan. Selain itu, terdapat juga satu blok bangunan tiga tingkat asrama puteri dan dua blok bangunan asrama putera. Juga terdapat sebuah surau dan padang permainan.

Sejak tahun 1992 sehingga 1998, sekolah ini mempunyai 8 kelas Tingkatan Empat dan 8 kelas Tingkatan 5 dengan pelajarnya seramai
611 orang dan tenaga pengajarnya pula seramai 50 orang. Kursus yang ditawarkan kepada pelajar telah ditambah meliputi bidang Pengajian kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pertanian dan Perdagangan.

Pada tahun1999, pengambilan pelajar telah ditambah selaras dengan pertambahan bilik darjah, asrama dan kemudahan fizikal lain. Pertambahan pelajar melibatkan kursus Pengajian Kejuruteraan Jentera. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik serta Kursus Pertanian.

Pada 28 Febuari 2002, Tuan Haji Azaman bin Hassan telah meniggalkan SMTAS kerana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Politeknik Kulim, Kulim Kedah.

Pada 3 Mac 2002 Jawatan Pengetua SMTAS telah disandang oleh En.Cik Nordin bin Che Wan sehingga 4 Ogos 2006. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Kurikulum di Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Malaysia Putra Jaya.

Jawatan beliau telah diganti oleh Tuan Pengetua yang baru En Mohd Zanal b Dirin mulai 16 November 2006 sehingga 08 September 2008.

Pada tanggal 31 Mei 2009 , Tn Hj Mizal Azman b Sharif dari SM Teknik Butterworth telah melapor diri sebagai pengetua baru bagi sekolah ini sehingga sekarang.

 

 

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

PROFIL   AM

Kod Sekolah: KKE 2156

Nama Sekolah: Sekolah Menengah Teknik Alor Setar

Alamat Sekolah: Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor
Star, Kedah, Malaysia.

Poskod: 05400

Telefon: 04-7721548

Fasimili: 04-7721105

E-Mel: kke2156.ppdkotasetar@gmail.com

Laman Web: http://www.geocities.com/athens/crete/1324
Blog : http//:astechsmtas.wordpress.com/

Gred Sekolah: Gred A (Teknik Kawalan)

PPD: Kota Setar

image001

  

LENCANA SEKOLAH

 

Lencana ini dengan lambang Sains dan Teknologi berwarna kuning berlatarkan biru tua menunjukkan asas kemajuan sesebuah negara.
Lambang ini merangkumi kelima-lima jurusan teknik yang terdapat di sekolah ini.

Terdapat dedaunan yang melengkari lambang Sains dan Teknologi.Ini melambangkan Jurusan Pertanian.Jurusan ini bertanggung jawab menjadikan negara kita sebuah negara pertanian yang subur.

Pemahat dan Spanar yang bersilang ditengahnya melambangkan jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

Buku yang berwarna merah menggambarkan gedung segala ilmu pengetahuan.

Warna merah menunjukkan kekuatan semangat dan berani dalam menghadapi sebarang cabaran untuk mencapai cita-cita Sesuai dengan temanya yang berbunyi Bertekun Usaha diberkati Illahi.

 

LAGU SEKOLAH

Bertekun usaha diberkati ilahi
Menjadi pegangan abadi
Ikrar kami warga SMTAS
Putra putri harapan negara

Disiplin jati diri budaya penyayang
Membentuk insan berwawasan
Guru ibu bapa dihormati Usaha diberkati

Sahsiah,akademik, sukan diseimbangkan
FPN jadikan panduan kearah sesepaduan
Warga SMTAS warga berwawasan
Bermatlamat majukan negara
Insan berilmu berpendidikan cemerlang
Negara gemilang
SMTAS

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR
AKAN MENJADI SMT NOMBOR SATU DI MALAYSIA
MENJELANG 2010

MISI SEKOLAH

• Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan    selaras dengan perkembangan semasa.
• Menghasilkan pelajar cemerlang serta berketrampilan dalam bidang kurikulum.
• Meneruskan kehebatan setiap murid dalam bidang kokurikulum .
• Mengekal dan memupuk sahsiah mulia dan terpuji dikalangan murid.
• Mengwujudkan prasarana dan persekitaran yang selamat, ceria dan kondusif untuk bekerja dan pembelajaran.
• Menjalin dan memupuk hubungan yang baik dan mesra dengan ibu bapa, waris serta masyarakat setempat.
• Memenuhi harapan dan jangkaan mereka yang berkepentingan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.